fbpx

Perintah darurat di Jepun sukar ditamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang petugas kesihatan sedang memantau seorang pesakit Covid-19 yang menggunakan mesin ventilator di unit rawatan rapi sebuah hospital di Yokohama, 8 Ogos lepas. – AFP

TOKYO – Menteri Kesihatan Jepun, Norihisa Tamura mengakui amat sukar untuk menamatkan perintah darurat Covid-19 pada 12 September ini seperti yang dijadualkan ekoran negara itu masih bergelut untuk mengawal peningkatan jangkitan, lapor agensi berita Kyodo News semalam.

Sekiranya perintah darurat mahu ditamatkan, jangkitan  Covid-19 di Tokyo contohnya, perlu berada di bawah paras 500 kes.

Ibu negara Jepun itu bagaimanapun merekodkan 3,081 kes baharu semalam dan tidak menunjukkan tanda akan berkurangan.

“Melihat kepada situasi semasa, berkemungkinan amat sukar untuk kita menamatkan perintah darurat yang dilaksanakan di  21 buah wilayah di Jepun seperti yang dirancang sebelum ini,” kata Tamura.

Pada awal bulan ini, kerajaan Jepun menetapkan untuk melanjutkan penamatan perintah darurat dari penghujung Ogos kepada 12 September ini.

Kawasan yang terbabit di bawah perintah tersebut turut diperluaskan kepada lapan wilayah lain  menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 21 wilayah.

Peningkatan kes Covid-19 di seluruh Jepun disebabkan varian Delta menyaksikan hospital-hopsital negara itu berdepan kesesakan disebabkan kemasukan pesakit Covid-19.

“Adalah penting untuk meningkatkan jumlah katil hospital,” ujar Tamura dalam satu rancangan televisyen tempatan.

Pada minggu lepas, kerajaan Jepun dan pentadbiran metropolitan Tokyo telah meminta semua institusi perubatan di bandar raya itu untuk menambah katil dan menerima kemasukan pesakit Covid-19 seramai mana yang mungkin. -Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI