fbpx

Pemandu Proton Preve ada 37 rekod jenayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMANDU Proton Preve yang terbabit kemalangan menyebabkan tiga lelaki maut disambung reman tujuh hari lagi.

LUMUT – Pemandu kereta Proton Preve yang terlibat dalam kemalangan menyebabkan tiga maut di Sitiawan pada 21 Ogos lalu didapati memiliki 37 rekod kesalahan lampau.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, semakan pihaknya mendapati, suspek berusia 38 tahun itu memiliki 18 rekod kesalahan berkaitan dadah dan 19 rekod jenayah.

“Suspek yang direman tujuh hari berakhir hari ini disambung reman tujuh hari lagi sehingga 6 September depan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Lelaki itu sebelum ini direman selama tujuh hari di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi membolehkan polis menyiasat lanjut kes kemalangan itu mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dia juga disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 selepas saringan air kencingnya mendapati dia positif dadah jenis methampetamine atau syabu.

Dalam kejadian di Kilometer 4 Jalan Sitiawan-Kampung Acheh kira-kira pukul 5.30 petang itu, sebuah kereta Proton Preve dinaiki tiga orang dari Lekir menghala ke Kampung Acheh terbabas ke laluan bertentangan.

Kereta itu kemudian merempuh enam motosikal ditunggang dan dibonceng pekerja kilang Sapura Energy dari arah Kampung Acheh menuju ke Sitiawan. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI