fbpx

‘Mereka layan macam mak-mak’ – Sufian Suhaimi cedok ilmu dari Ziana, Mas Idayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sufian Suhaimi muncul dengan single terbaharu berjudul Cinta Tak Bertepi yang kian menjadi siulan pendengar.

PETALING JAYA – Selepas setahun vakum daripada sebarang penghasilan single baharu, kini Sufian Suhaimi tampil dengan lagu berjudul Cinta Tak Bertepi.

Lagu ciptaan Ikhwan Fatanna dan lirik oleh Wan Saleh itu dirakam pada awal tahun ini dan video liriknya di YouTube telah pun mencatat lebih 130,000 tontonan dalam laman perkongsian video tersebut.

Bagi Sufian, 29, jumlah tontonan video lirik tersebut sudah cukup menggembirakannya kerana lagu berentak pop balada itu dilancarkan dalam suasana yang penuh cabaran disebabkan pandemik Covid-19.

“Bagi saya, apa yang dapat sekarang ini dah baik sebenarnya, sebab waktu kitan lancarkan lagu Cinta Tak Bertepi, ia adalah waktu yang agak lama selepas single Janji iaitu setahun lebih. Cinta Tak Bertepi ini tidak dapat dipromosikan seperti apa yang kita rancang.

“Tak kisahlah berapa banyak tontonan pun, asalkan lagu ini didengari oleh ramai orang. Untuk lagu ini memang ada sedikit kelainan dari segi lirik dan cara nyanyian saya berbeza daripada lagu-lagu sebelum ini.

“Dari segi melodi tak terlalu sedih. Kalau orang biasa dengar lagu saya selalunya betul-betul sedih tapi Cinta Tak Bertepi ini adalah sebuah lagu ringan dan santai,” katanya.

Selain menyanyi, Sufian juga berlakon drama 20 episod berjudul Kampung Kolestrol arahan Shuhaimi Lua Abdullah.

Dalam drama tersebut, pelantun lagu Di Matamu itu berlakon di samping Ziana Zain sebagai ibunya, serta penyanyi Mas Idayu sebagai Kak Bib, ibu kepada Aiman Tino.

“Watak Adi tu jauh berbeza daripada karakter saya tapi satu pengalaman menarik. Saya tak pernah berlakon untuk produk yang memerlukan komitmen tinggi seperti Kampung Kolestrol, sampai 20 episod, selalunya telefilem.

“Sepanjang penggambaran, saya dapat timba pelbagai pengalaman menarik dan seronok saja bila di set. Kerja dengan penyanyi diva (Ziana dan Mas Idayu), mula-mula segan sebab dua nama besar ini sama bidang dengan saya.

“Saya respek tinggi kedua-dua penyanyi tersebut dan rasa bertuah dapat bekerja dengan mereka sebab dapat kenali mereka dengan lebih rapat. Selain itu, saya dapat ceduk ilmu daripada mereka. Mereka layan macam mak-mak, terasa ada mak di set penggambaran,” ceritanya.

Video muzik lagu Cinta Tak Bertepi boleh ditonton di laman YouTube rasmi Aries Music dan boleh didengari di platform digital seperti Spotify, Joox, i-Tunes, Deezer dan KkBox. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI