fbpx
Ismail Sabri

Ismail Sabri kuarantin kendiri, tidak hadir istiadat angkat sumpah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak dapat menghadiri Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Simpan Rahsia yang berlangsung di Istana Negara hari ini berikutan perlu menjalani kuarantin kendiri ekoran disahkan kontak rapat kepada pesakit Covid-19.

Perkara itu disahkan Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan dengan memaklumkan bahawa beliau perlu menjalani kuarantin kendiri bermula hari ini.

“Sehubungan itu, Perdana Menteri tidak dapat menghadiri istiadat angkat sumpah Menteri dan Timbalan Menteri di hadapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada petang ini,” katanya di sini hari ini.

Katanya, bagi sambutan Hari Kebangsaan 2021 yang dijadualkan berlangsung di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya esok, Perdana Menteri akan menyertainya secara maya.

Kosmo hari ini melaporkan, seramai 31 menteri termasuk empat menteri kanan dan 38 timbalan menteri yang membarisi Kabinet di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengangkat sumpah jawatan masing-masing di Istana Negara, Kuala Lumpur hari ini. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

POPULAR