fbpx

Ronaldo kembali ke pangkuan United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ronaldo

MANCHESTER – Legenda Manchester United, Cristiano Ronaldo akhirnya pulang ke pangkuan pasukan itu selepas bersetuju untuk kembali ke Old Trafford dari Juventus dengan nilai perpindahan £24 juta (RM138.4 juta).

Perpindahan itu pastinya sangat mengejutkan memandangkan Ronaldo dikatakan bakal menyertai musuh setempat United, Manchester City selepas ejennya, Jorge Mendes berbincang dengan pasukan tersebut.

Difahamkan, selepas tersebar spekulasi pemain antarabangsa Portugal itu akan menyertai City, pemilik United, Malcolm Glazer bersetuju untuk campur tangan dan berbincang dengan Ronaldo.

Bekas pemain Real Madrid itu akan menyertai United dengan perjanjian selama dua tahun dan akan menerima gaji lumayan £480,000 (RM2.8 juta) seminggu.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI