fbpx

PM ziarah kubur kedua ibu bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri menziarahi kubur ibu bapanya hari ini.

TEMERLOH – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menziarahi kubur ibu bapanya di Tanah Perkuburan Islam Lubuk Kawah di sini.

Perdana Menteri tiba di tanah perkuburan berkenaan pada pukul 11.30 tengah hari dan terus ke kubur kedua ibu bapanya, Allahyarham Yaakob Abdul Rahman dan Allahyarhamah Wan Jah Wan Hamat.

Ismail Sabri meluangkan masa kira-kira setengah jam untuk membacakan tahlil dan doa untuk kedua ibu bapanya.

Hari ini Perdana Menteri dijadual mengadakan lawatan ke Eksesais Para Predator Siri 1/2021 di pesisir Sungai Pahang berhampiran Kampung Batu Bor di Bera.

Selain itu beliau juga dijadual menyampaikan bakul makanan kepada penduduk di sekitar Bera. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI