fbpx

Hanya KKM kendalikan pemberian vaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISMAIL SABRI tiba di lokasi Eksesais Para Predator Siri 1/2021 di Pesisir Sungai Pahang berhampiran Kampung Batu Bor di Bera hari ini.

BERA – Hanya Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengendalikan pemberian vaksin dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang sebelum ini dikendalikan bersama oleh kementerian itu dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sehubungan itu MOSTI akan memberi fokus kepada kajian dan penyelidikan khususnya berkaitan penghasilan vaksin pertama negara.

“Kalau dahulu dua kementerian iaitu Kementerian Kesihatan dan MOSTI dengan jawatankuasa dipengerusi dua menteri melibatkan dua Ketua Setiausaha terlibat menyebabkan agak sukar kerana kadang-kadang berbeza pandangan dan sebagainya.

“Jadi saya menetapkan untuk vaksin dan strategi kesihatan ini semuanya di bawah Kementerian Kesihatan yang mana Yang Berhormat Khairy Jamaluddin akan ketuai semua yang berkaitan vaksin,” katanya selepas melakukan lawatan ke Eksesais Para Predator Siri 1/2021 di Pesisir Sungai Pahang berhampiran Kampung Batu Bor di sini hari ini.

Hadir sama Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Affendi Buang dan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd. Zain.

Menurut Ismail Sabri, negara perlu menghasilkan sendiri vaksin seperti negara lain dalam berhadapan dengan Covid-19 yang sudah menjadi satu endemik.

Justeru katanya, MOSTI perlu segera memberi fokus kepada usaha menghasilkan vaksin sendiri tanpa bergantung kepada negara luar.

“MOSTI fokus penyelidikan dan pembangunan bagi mengeluarkan vaksin sendiri, kalau Thailand boleh membuat pengumuman mengeluarkan vaksin dan seperti yang kita bincang di kabinet dahulu Malaysia juga sepatutnya mengeluarkan vaksin,”ujarnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI