fbpx

Lelaki jatuh laut ditemui lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa lemas ditemui bawah Jambatan Raja Permaisuri Bainun dibawa ke Jeti Perikanan Kampung Acheh, Sitiawan, pagi ini.

LUMUT – Pasukan penyelamat menemui mayat seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam laut apabila bot dinaikinya berlanggar dengan sebuah bot lain dekat sini malam kelmarin.

Mayat V. Subramaniam, 50, ditemui terapung di bawah Jambatan Raja Permaisuri Bainun kira-kira satu batu nautika dari lokasi dia dilaporkan terjatuh.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, berkata mayat mangsa ditemui oleh nelayan tempatan sebelum memaklumkannya kepada pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada pukul 8 pagi.

“Komander Operasi, Mohd. Akmal Hussin bersama anggota penyelam bomba bergerak ke lokasi sebelum menemui mayat mangsa dan dibawa ke Jeti Perikanan untuk diserahkan kepada polis.

“Sehubungan itu operasi SAR yang melibatkan seramai 32 anggota meliputi bomba, Angkatan Pertahanan Awam dan polis ditamatkan,” kata jurucakap itu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam kelmarin berhampiran muara Selat Dinding, mangsa bersama isteri dan seorang anak lelakinya dalam perjalanan dari Kampung Bharu, Sitiawan, menuju ke perairan Pulau Pangkor sebelum bertembung dengan bot dinaiki lima lelaki yang keluar memancing.

Akibat pelanggaran berhampiran jeti sebuah kilang tepung di situ, bot dinaiki lima pemancing terbalik dan semua mereka terjatuh ke dalam laut manakala bot mangsa tidak terbalik tetapi lelaki itu terjatuh ke dalam sungai.

Kelima-lima pemancing itu berjaya diselamatkan nelayan berhampiran serta anggota Maritim Malaysia (APMM) dan dibawa ke Jeti Perikanan Kampung Acheh. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI