fbpx

Kecur air liur nikmati Petai Ikan Masin Goreng Kicap Mahsuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hidangan Petai Ikan Masin Goreng Kicap Mahsuri sesuai dinikmati seisi keluarga.

HARI Kemerdekaan kali ini sebagaimana tahun lalu, pasti ramai antara kita yang akan meraikannya dalam keselesaan di rumah sendiri kerana pandemik Covid-19.

Dalam kesempatan yang ada ini, marilah kita ‘hangatkan’ cuti Hari Merdeka di rumah bersama jenama Mahsuri. Produknya tidak setakat menjadikan masakan lebih istimewa, malah mengenangkan kita kepada srikandi legenda popular negara.

Bersesuaian tagline Lebih Senang, Lebih Sayang, resipi Petai Ikan Masin Goreng Kicap ini begitu mudah disediakan, cukup lazat dan memang tangkap leleh disebabkan penangan Kicap Manis Pedas Mahsuri. 

Kicap inilah rahsia untuk membuatkan masakan enak dengan rasa manis dan pedas secukupnya.

Rangkaian produk masakan Mahsuri.

Biar meleleh air mata atau kecur air liur dibuatnya, aroma dan cita rasa hidangan dengan paduan petai serta ikan kering ini begitu menambat selera seterusnya mengikat kasih sayang keluarga.

Pastinya semua di rumah akan menghabiskan masakan sehingga licin dan hubungan kekeluargaan bertambah erat dengan Kicap Manis Pedas Mahsuri.

Sesibuk manapun para ibu, produk-produk Mahsuri dapat memudahkan kerja-kerja anda di dapur.

Tidak cukup itu, pembaca juga boleh mengimbas kod QR untuk mendapatkan banyak lagi resipi yang ringkas, cepat disiapkan dan lazat menggunakan produk-produk Mahsuri.

Segera dapatkan produk ini di pasar raya-pasar raya berdekatan anda. Rugi kalau tidak mendapatkannya. 

Resipi Petai Ikan Masin Goreng Kicap Mahsuri 

Bahan-bahan: 

200g Ikan Masin Tenggiri 

6 biji Cili api (dihiris kecil) 

2 biji Limau Kasturi. 

Petai 

Bawang Merah (dihiris kecil) 

Kicap Manis Pedas Mahsuri sucukupnya untuk cecahan ikan masin 

Cara-cara: 

  1. Panaskan kuali untuk menggoreng ikan masin
  2. Masukkan bawang merah dan cili api hingga masak dan masukkan petai
  3. Angkat ikan masin dan perahkan limau kasturi Bersama Kicap Manis Pedas Mahsuri untuk dinikmati.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI