fbpx

Hanya 396 daripada 779 guru tak ambil vaksin – TMJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tunku Ismail berkenan menerima menghadap sebahagian guru yang didakwa menolak vaksin di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan, Johor Bahru, Johor hari ini. foto : FB DYAM TMJ

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap guru yang didakwa menolak vaksin di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan di sini hari ini.

Tunku Ismail bertitah, daripada 779 guru yang menolak vaksin, hanya 396 yang tidak mengambil vaksin atas sebab ragu dengan pelalian tersebut.

“Bakinya telah mengambil pendirian untuk ditangguhkan buat masa ini, kerana mempunyai alahan, mengandung, ataupun keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.

“Sebilangan guru telah kini bersetuju mendaftar untuk mengambil vaksin,” titah baginda dalam kenyataan selepas menerima menghadap Pengarah Pendidikan Johor serta guru-guru di Bukit Timbalan di sini.

Hadir sama ialah Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani dan Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Datuk Dr. Aman Rabu.

Dalam pada itu, Tunku Ismail turut bertitah, dalam pertemuan tersebut, baginda berkongsi maklumat mengenai program vaksinasi dan situasi terkini Covid-19 di Johor.

Baginda berharap guru-guru ini sedar tanggungjawab mereka untuk sentiasa ketengahkan pembangunan modal insan dengan menjadi teladan yang baik.

Selain itu, Tunku Ismail juga berharap mereka akan mengambil vaksin sebelum sekolah dibuka semula demi memastikan kesihatan dan kesejahteraan rakyat.

Terdahulu, pada 22 Ogos lalu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya negeri, Mazlan Bujang mendedahkan kira-kira 779 guru di negeri ini yang dilaporkan menolak untuk menerima vaksin Covid-19.

Beliau berkata, Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) akan membantu dalam perkara itu agar golongan guru terlibat yakin menerima vaksin kelak.

“Kerajaan negeri akan memanggil 779 guru yang menolak vaksin itu secara individu bagi diberi penerangan dan kaunseling supaya mereka faham kepentingannya, apatah lagi sesi persekolahan dijangka dibuka Oktober ini,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Nor Hayati Bachok (Amanah-Maharani) berkenaan kadar vaksinasi guru di negeri ini pada Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang ke-14 di Kota Iskandar. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI