fbpx

‘Sweet’ bukan nama gedik”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sweet Qismina

PETALING JAYA – “‘Sweet’ itu bukan nama gedik!”

Gara-gara sering dihujani dengan soalan yang sama, pelakon Sweet Qismina menjelaskan panggilan Sweet yang diberikan oleh ibunya bukan nama gedik seperti yang didakwa ramai.

Menurut pemilik nama lengkap Farhanna Qismina Supandi, 24, penjelasan tersebut terpaksa diberikan selepas sering ditanya kepadanya.

“Saya faham ramai rasa janggal apabila memanggil saya sebagai Sweet atau Qismina.

“Sebenarnya dalam bidang hiburan, semua memanggil saya sebagai Sweet dan lebih selesa begitu. Atau panggil saya Sweet Qismina sahaja?” katanya dalam satu ciapan hari ini.

Dalam rajutan ciapan sama, heroin drama Bidadari Salju itu sekali lagi menjelaskan susur galur bagaimana panggilan Sweet tercetus.

“Masa saya masih dalam perut lagi Mama sudah panggil dengan nama tersebut iaitu ketika doktor memberitahu jantina bayi ialah perempuan.

“Panggilan Sweet bukan nama gedik!” jelas teman wanita kepada aktor Adam Lee itu.

Sebelum ini, dia juga pernah mengakui terasa hati apabila terdapat sesetengah pihak yang sering mempersoalkan tentang namanya iaitu Qismina.

Difahamkan, menurut Sweet, Qismina diberikan oleh Allahyarham bapanya sempena Tanah Mina. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI