fbpx

Kelab EPL halang pemain wakili negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALISSON (kanan) dan Firmino terpaksa melupakan aksi kelayakan Piala Dunia bersama Brazil ekoran gagal mendapat pelepasan daripada Liverpool. – AFP

LONDON – Kelab-kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) dikatakan sudah menyekat hampir 60 pemain keseluruhan daripada menyertai pasukan negara masing-masing bagi aksi kelayakan Piala Dunia September ini.

Bagaimanapun, sekatan itu hanyalah dikenakan kepada pemain-pemain negara yang berada dalam zon merah pandemik Covid-19 kerana dibimbangi mampu menjadi pembawa virus berkenaan.

Tiga bintang Brazil yang bermain untuk Liverpool, Roberto Firmino, Fabinho dan Allison merupakan antara pemain yang tidak mendapat kebenaran untuk pulang mewakili pasukan negara mereka.

Meskipun dilihat kejam, namun keputusan itu terpaksa dibuat kerana pemain-pemain berpotensi untuk hilang sentuhan memandangkan perlu menjalani kuarantin selama 10 hari sebaik kembali ke England, sekali gus bakal terlepas dua aksi liga.

“Liga Perdana sentiasa memberi sokongan kepada semua pemain untuk mewakili pasukan negara masing-masing, namun kelab tidak boleh ambil risiko dengan melepaskan pemain mereka dalam keadaan sekarang.

“Apabila kuarantin, kecergasan pemain akan terjejas dan ia mampu beri kesan kepada setiap pasukan. Bagaimanapun, kami masih mencari jalan penyelesaian terbaik,” kata Ketua Eksekutif Liga Perdana, Richard Masters.

Difahamkan, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) tidak membenarkan kelab untuk menghalang pemain mewakili negara masing-masing tetapi Liga Perdana terpaksa mengambil tindakan tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI