fbpx
Takutsubo membentuk pembesaran abnormal jantung yang boleh menyebabkan individu mengalami serangan jantung mengejut. - Google

Patah hati boleh bawa maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Satu kajian baharu menunjukkan bahawa seseorang manusia berisiko  meninggal dunia disebabkan situasi patah hati, lapor akhbar Daily Mail semalam.

Menurut penyelidik klinikal kardiologi Universiti Aberdeen, Dr. David Gamble, sindrom itu yang dinamakan takutsubo,  boleh  menyebabkan perasaan kehilangan orang tersayang, tekanan mahupun kegembiraan melampau bertukar menjadi serangan jantung mengejut.

Sebanyak 70 peratus kes berkaitan takutsubo dikesan dalam kalangan mangsa yang berdepan situasi putus cinta, kematian orang tersayang, kemalangan kereta atau diserang penjenayah.

Selain situasi negatif, peristiwa menggembirakan seperti kejutan ulang tahun, menang wang loteri atau lamaran perkahwinan juga menyumbang kepada takutsubo.

Gamble berkata, tindak balas tekanan yang dicetuskan oleh peristiwa-peristiwa mengejut itu menjadikan peningkatan adrenalin secara tiba-tiba di dalam badan.

“Ini secara tidak langsung memberi isyarat ‘pertarungan’ kepada jantung untuk mengepam darah lebih pantas ke otak dan otot,” jelasnya.

Pakar Kardiologi dan Perunding Kehormat Hospital Diraja Brompton memberitahu, dalam sindrom takotsubo, adrenalin menutup bahagian bawah ventrikel kiri dan ruang pam utama.

Bentuk abnormal ini dapat dilihat pada sinar-X jantung yang menyerupai periuk tradisional masyarakat Jepun yang digunakan untuk menangkap sotong kurita ketika memancing dan menjadi cetusan kepada nama takotsubo pada 1990. – Agensi 

POPULAR