fbpx

Pameran seni benarkan pengunjung hadir berbogel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lebih daripada 1,000 pengunjung dijangka hadir ke pameran tersebut. – Tempora

BRUSSELS, BELGIUM – Sebuah pameran yang memaparkan seni ukiran manusia bakal diadakan di Brussels, Belgium yang turut memberi peluang kepada pengunjung untuk hadir dalam keadaan berbogel, lapor akhbar Daily Star semalam.

Dianjurkan oleh sebuah firma perunding rekaan, Tempora, pameran tersebut akan menampilkan 40 seni instalasi termasuk bayi baru lahir dan  gergasi bersama-sama beberapa pameran lain yang menghiburkan dan ‘mengganggu’ minda pengunjung.

Menurut laporan akhbar The Times, pengunjung yang ingin melawat pameran itu turut dibenarkan berbogel untuk membandingkan tubuh mereka dengan ukiran-ukiran di situ.

“Hyperrealisme merupakan satu gerakan kesenian yang muncul di Amerika Syarikat pada tahun 1960-an.

“Dalam menghidupkan kembali abstraksi dan usaha untuk mencapai perlambangan alam dengan teliti sehingga penonton tertanya-tanya sama ada mereka sedang melihat badan manusia sebenar, artis hyperrealisme mencipta satu karya yang kadang-kadang menghiburkan dan menggangu minda,” kata penganjur acara tersebut pada laman web pameran itu.

Pameran tersebut akan bermula minggu depan dan berakhir November ini.

Sebelum ini, acara itu telah diadakan di Sepanyol, Mexico dan Australia. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN