fbpx

ISG rekod pemulihan memberangsangkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISG telah diiktiraf sebagai lapangan terbang keempat paling sibuk di Eropah oleh ACI.

PETALING JAYA – Aset Malaysia Airports di Turki, Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen (ISG) merekodkan pemulihan menggalakkan pada separuh tahun pertama 2021 (1H21) dengan jumlah pergerakan trafik penumpang pada tahap 53 peratus daripada paras sebelum Covid-19 dan purata faktor muatan penerbangan mencatat sebanyak 70 peratus.

ISG turut diiktiraf sebagai lapangan terbang keempat pa­ling sibuk di Eropah oleh Majlis Lapangan Terbang Antarabangsa (ACI) sepanjang tempoh tersebut.

Prospek pemulihan pada separuh tahun kedua kekal kukuh, selari dengan unjuran Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) bahawa trafik udara akan kembali aktif pada suku keempat di negara yang memiliki kadar pemvaksinan tinggi seperti Turki, yang mana 51 peratus daripada penduduknya telah divaksin.

Pada Ogos lalu, Pertubuhan Eropah untuk Keselamatan Navigasi Udara (Eurocontrol) mele­takkan Turki sebagai negara ke-6 paling sibuk di Eropah bagi trafik udara dan negara berkenaan turut dimasukkan dalam skim Pasport Covid-19 Kesatuan Eropah, bertujuan memudahkan pembukaan semula aktiviti ekonomi dan sosial termasuk perjalanan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airports, Datuk Mohd. Shukrie Mohd. Salleh berkata, ISG penyumbang pen­ting kepada Kumpulan memandangkan pemulihan lalu lintas di sana lebih baik berbanding di negara ini.

“Bagi ISG, pergerakan penumpang meningkat 17.6 peratus pada 1H21 berbanding tempoh sama tahun lalu, sedangkan pergerakan penumpang menurun 84.6 peratus untuk operasi di Malaysia dalam tempoh yang sama.

“Bagaimanapun kedua-dua negara mencapai kadar vaksinasi yang baik, lebih daripada 50 peratus populasi orang dewasa di Malaysia telah menerima dos lengkap dan kami menjangkakan imuniti kelompok dapat dicapai menjelang Oktober.

“Kami dapat menjangkakan keadaan lalu lintas akan bertambah baik kerana sekatan sempadan antara negeri dapat dikurangkan lagi menjelang akhir tahun,” katanya dalam satu kenyataan.

Malaysia Airports baru-baru ini mengumumkan prestasi kewangan mereka untuk 1H21 berakhir 30 Jun, dengan pendapatan sebanyak RM660.3 juta.
Operasi di Malaysia mencatatkan perolehan sebanyak RM331.9 juta, pengurangan 64 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
Bagaimanapun, impaknya diimbangi pendapatan daripada operasi di Turki yang meningkat kepada RM328.5 juta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI