fbpx

Dakwaan gangguan seksual Ebit, keterangan mangsa diambil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pendakwah terkenal, Ebit Lew yang keluar dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman selepas selesai memberi keterangan kepada pihak polis sebagai saksi berkenaan dakwaan gangguan seksual di sini baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil keterangan mangsa yang dikaitkan dengan kes dakwaan gangguan seksual melibatkan pendakwah terkenal, Ebit Lew.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, siasatan masih diteruskan dan polis juga sedang menunggu saksi-saksi lain untuk membantu siasatan.

“Kita sudah mengambil keterangan mangsa yang dikaitkan dalam kes ini, namun tidak boleh mendedahkan siapa mangsa tersebut dan berapa ramai saksi yang sudah tampil untuk membantu siasatan.

“Setakat ini, tiada perkembangan terbaharu, kes ini masih dalam siasatan dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh tampil memberi keterangan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, PDRM mengesahkan telah mengambil rakaman percakapan daripada pendakwah terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau lebih dikenali Ebit Lew bagi membantu siasatan berkenaan dakwaan gangguan seksual.

Difahamkan, siasatan terhadap Ebit Lew dilakukan selepas polis menerima laporan daripada beberapa individu yang mendakwa pendakwah itu melakukan gangguan seksual.

Siasatan kes tersebut akan dilakukan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 AKMM 1998 di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. – K! ONLINE.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI