fbpx

Beberapa negeri dijangka dilanda hujan lebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Keadaan hujan lebat berserta ribut petir dijangka melanda negeri Melaka dan Johor sehingga lewat pagi nanti.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) berkata, ketika ini terdapat kawasan penumpuan angin melibatkan kawasan perairan utara semenanjung juga di sekitar bahagian pedalaman Negeri Sembilan dan juga Pahang yang boleh memberi potensi terbentuknya awan kondusif.

Katanya keadaan itu sekaligus boleh memberikan kesan keadaan cuaca lembab di sekitar kawasan tersebut.

“Imej carta angin semasa ketika ini pula diperhatikan keadaaan angin masih lagi bergerak dari arah barat dengan kelajuan sederhana kurang 40 kilometer per jam, buat masa ini tiada amaran terperingkat dikeluarkan melibatkan kesemua kawasan perairan di seluruh Malaysia.

“Selain itu, turut dicerap terdapat kelompok awan membawa hujan di sekitar bahagian perairan di Kedah dan juga Pulau Pinang yang mana kelompok awan ini masih lagi boleh bergerak memasuki kawasan daratan dalam tempoh sedikit masa sahaja lagi,” katanya dalam laporan kaji cuaca sebentar tadi.

Sementara itu katanya, untuk Sabah dan juga Sarawak pula, buat masa ini tiada hujan dicerap dikedua-dua buah negeri kecuali keadaan cuaca lembab yang sedang berlaku melibatkan kawasan perairan di Sarawak yang dijangkakan akan beransur reda dalam tempoh sedikit masa sahaja lagi.

“Untuk petang nanti pula MetMalaysia menjangkakan keadaan cuaca lembab akan bermula pada awal petang melibatkan bahagian pantai barat semenanjung sebelum ianya bergerak memasuki kawasan pantai timur semenanjung pada lewat petang nanti.

“Untuk Sabah dan Sarawak pula, keadaan cuaca lembab dijangka masih lagi boleh tertumpu di sekitar hampir kesemua bahagian di Sabah dan juga melibatkan bahagian pedalaman dan juga utara Sarawak pada petang nanti,” jelasnya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI