fbpx

633 komuniti Orang Asli terima vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada penduduk Orang Asli menunggu giliran untuk menerima vaksin di KOA Ayer Denak, Kinta semalam.

TAPAH – Program Outreach Vaksinasi Masyarakat Orang Asli negeri Perak berjalan lancar apabila seramai 633 penduduk komuniti tersebut dari beberapa buah perkampungan di Batang Padang di sini serta Muallim dan Kinta menerima suntikan vaksin Covid-19 semalam.

Daripada jumlah tersebut seramai 456 merupakan penerima suntikan dos pertama manakala selebihnya dos kedua.

Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) negeri Perak/Kedah dalam satu kenyataan memberitahu, antara lokasi terlibat di Batang Padang ialah Kampung Orang Asli (KOA) Batu 3 dan Sungai Isoi, KOA Batu 10 dan Batu 9 1/2 Jalan Pahang serta KOA Batu 9 Jalan Pahang.

“Penerima vaksin untuk dos pertama adalah seramai 124 orang dan proses turut disaksikan Pegawai Kemajuan Orang Asli Daerah Batang Padang/Muallim, Anuar Shafie.

“Daerah Muallim pula melibatkan KOA Ulu Rasau dan KOA Ulu Piong di mana penerima vaksin dos pertama adalah 87 orang,” ujar kenyataan tersebut.

Program serupa juga berjalan lancar di KOA Ayer Denak, Kinta dengan jumlah penduduk yang hadir menerima vaksin adalah seramai 395 orang.

Kata kenyataan itu, penerima vaksin dos pertama di sini seramai 245 orang manakala 150 lagi bagi dos kedua. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI