fbpx

Covid-19: 1,665 kes, sembilan kematian direkodkan semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Angka jangkitan Covid-19 di negara ini mencatatkan sebanyak 1,665 kes semalam termasuk dua kes import sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,783,694 setakat ini.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sejumlah 2,028 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan pulih daripada Covid-19 seramai 4,760,825 orang.

Kata laman web itu, sebanyak 24,715 kes aktif Covid-19 dilaporkan dengan merekodkan pertambahan sejumlah negatif 368.

“Selangor mencatatkan jumlah kes harian tertinggi iaitu sebanyak 358 diikuti Kuala Lumpur (319), Perak (170), Sabah (158), Sarawak (132), Kedah (109), Kelantan (79), Pulau Pinang (77) dan Melaka (57).

“Turut menyumbang kepada jumlah kes harian itu ialah Negeri Sembilan (52), Johor (51), Pahang (37), Terengganu (33), Putrajaya (26), Perlis (7) dan Labuan (2),” kata maklumat itu hari ini.

Dalam perkembangan sama, sebanyak sembilan kematian dilaporkan dengan dua kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 36,324.

Jumlah kematian BID pula sebanyak 7,721 setakat ini.

Sebanyak 23,577 kes dikuarantin di rumah, tiada kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,079 kes di hospital,22 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 37 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI