fbpx

115,516 Orang Asli sudah divaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA- Program Vaksinasi untuk masyarakat Orang Asli diseluruh negara kini sudah mencapai 67 peratus atau 115,516 orang.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, jumlah itu berdasarkan data terkini sehingga petang semalam.

“Ada lagi yang belum mendapat vaksin ni dalam lebih kurang 56 ribu, jadi kita sedang berusaha dengan pelbagai cara.

“Salah satu yang kita buat diperingkat kementerian ini adalah kita buat melalui ‘outreach’ iaitu kita yang pergi cari, melalui Mara kita ada bas Mara Liner, kita tukar bas Mara Liner tu jadi macam PPV bergerak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas perasmian Hari Sukan Negara 2021 Peringkat Kementerian Pembangunan Luar Bandar, KPLB, di sini hari ini.

Tambahnya, tumpuan program vaksinasi di bawah Jabatan Kemajuan Orang Asli, Jakoa itu adalah di negeri-negeri seperti Perak, Pahang dan Kelantan yang mempunyai bilangan Orang Asli yang ramai dan secara keseluruhannya, 172,155 Orang Asli layak divaksin membabitkan golongan dewasa 144,180 orang dan 27,975 golongan remaja 12 hingga 17 tahun.

Jelas Mahdzir, Program Vaksinasi Orang Asli ditetapkan mencapai 100 peratus pada akhir bulan November tahun ini. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI