fbpx

Syafiq Ahmad mohon maaf, akui kesilapan diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) Syafiq Ahmad mengakui kesilapannya dan memohon maaf kepada pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim kerana membuat komen yang kurang sesuai di media sosial miliknya, semalam.

Pemain tengah skuad Harimau Selatan itu memberitahu, permohonan maaf itu turut ditujukan kepada kelab dan rakan sepasukannya.

“Saya dengan rendah diri memohon maaf atas tweet yang mengikut perasaan saya semalam kepada rakan sepasukan, kelab dan terutama sekali Tunku Mahkota Johor yang banyak membantu saya selama ini di dalam dan di luar padang.

“Saya mengakui saya tidak sepatutnya bertindak mengikut emosi dan seharusnya fikir di mana kesilapan saya selama ini,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam laman sosial miliknya, hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI