fbpx

Tunku Ismail kongsi poster ciri-ciri orang munafik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TUNKU ISMAIL menyifatkan kisah 'tangan ghaib' dalam menentukan barisan pemain skuad Harimau Malaya adalah cerita dongeng sahaja.

PETALING JAYA – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini berkongsi posting Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berhubung sepotong hadis Nabi SAW berkaitan sifat orang munafik yang dikaitkan dengan situasi panas politik yang melanda negara ketika ini.

“Salam Jumaat. Daripada Abi Hurairah RA berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Tanda-tanda orang munafik ada tiga iaitu apabila dia bercakap dia berdusta dan apabila dia berjanji dia memungkiri dan apabila dia diberi amanah dia telah mengkhianati.”

Poster berkaitan hadis Nabi itu dimuatnaik di laman Twitter milik Tunku Ismail pada pukul 11.49 pagi ini yang dikatakan mempunyai kaitan dengan segelintir pihak terutamanya mereka yang ada kedudukan dalam tampuk pemerintahan negara.

Tangkap layar poster yang dimuat naik di laman Twitter milik Tunku Ismail hari ini.

Daulat Tuanku kata @nizararifin dan Semoga tuanku sekeluarga sihat walafiat dan terus amal maaruf nahi mungkar #sultanpayungrakyat kata @VasilyZaitsevM. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI