fbpx

Orang Sabah, Kelantan paling ramai berhijrah ke luar bandar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Uzir

PUTRAJAYA – Ramai penduduk di Sabah dan Kelantan didapati berhijrah dari kawasan bandar ke kawasan luar bandar pada tahun lalu, demikian laporan Survei Migrasi 2020 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan (DOSM).

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd. Uzir Mahidin berkata, keadaan ekonomi semasa, peluang pekerjaan dan isu kesihatan berikutan penularan wabak Covid-19 dengan penutupan operasi perniagaan serta aktiviti perlancongan menjadi antara faktor penghijrahan penduduk ke luar bandar.

Beliau berkata, inisiatif kerajaan menubuhkan Koridor Pembangunan Ekonomi Baru iaitu Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dan Koridor Pembangunan Sabah (SDC) juga mempengaruhi penghijrahan penduduk ke kawasan yang menerima suntikan pelaburan dan pelan pembangunan kerajaan.

“Daripada dapatan survei yang dijalankan, kesemua negeri menunjukkan pergerakan lebih tinggi dari bandar ke bandar namun, dua negeri menunjukkan situasi berbeza dengan pergerakan penduduk lebih tinggi dari kawasan bandar ke luar bandar iaitu Sabah (49.3 peratus) dan Kelantan (34.6 peratus),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Uzir berkata, bagi senario migrasi dalaman, tiga negeri didapati merekodkan peratusan migrasi dalam negeri yang tertinggi tahun lalu iaitu Sabah dengan 74.4 peratus, Johor (65.3 peratus) dan Sarawak (60.8 peratus).

Beliau berkata, Wilayah Persekutuan Putrajaya terus mencatatkan migrasi antara negeri paling tinggi bagi tempoh sama iaitu 100 peratus diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (78.4 peratus) dan Terengganu (48.4 peratus).

“Penduduk bermigrasi dalam negeri lebih tinggi daripada penduduk bermigrasi antara negeri di mana migrasi dalam negeri menunjukkan 65.2 peratus daripada keseluruhan jumlah migrasi dalaman manakala baki 34.8 peratus adalah migrasi antara negeri,” katanya. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI