fbpx

Kesilapan punca Dortmund rebah Bayern

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REUS (kanan) meledak satu gol buat Dortmund selepas tewas 1-3 kepada Bayern pada aksi Piala Super Jerman awal pagi semalam. – AFP

DORTMUND – Ketua jurulatih Borussia Dortmund, Marco Rose meluahkan kekecewaannya selepas tewas 1-3 kepada musuh tradisi, Bayern Munich pada aksi Piala Super Jerman di Stadium Signal Iduna Park awal pagi semalam.

Kekalahan itu menafikan peluang Rose untuk menjulang trofi pertama bersama Dortmund selepas dilantik menggantikan tempat Edin Terzic yang melepaskan jawatan hujung musim lalu.

“Sudah tentu kecewa kerana kami mahu memenangi perlawanan ini. Namun, kami banyak melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya dalam tempoh 90 minit permainan.

“Kami cuba bangkit untuk merapatkan jurang tetapi gol ketiga Bayern telah menamatkan perlawanan ini. Apa-apa pun, saya gembira kerana sekurang-kurangnya kami tetap memberikan tentangan kepada Bayern,” katanya.

PARA pemain Bayern menjulang kejuaraan Piala Super Jerman. – AFP

Sementara itu, kapten Dortmund, Marco Reus terpaksa akur dengan kekalahan itu selepas membenarkan Bayern mendahului dua gol dalam aksi tersebut menerusi Robert Lewandowski dan Thomas Muller pada minit ke-41 serta 49.

“Kami harus bertanggungjawab terhadap gol-gol yang kami lepaskan kepada Bayern. Ia menyebabkan kami tidak mempunyai peluang untuk memenangi perlawanan ini.

“Kami tidak bermain dengan agresif, malah kurang lakukan kekasaran kepada pemain lawan. Akhirnya kami tewas dan terlepas peluang memenangi trofi pertama musim ini,” jelas Reus yang meledak gol tunggal Dortmund pada minit ke-64.

Gol ketiga Bayern dalam aksi itu diperoleh menerusi jaringan kedua peribadi Lewandowski pada minit ke-74. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI