fbpx

Ebit sahkan hadir sebagai ‘saksi’ kes gangguan seksual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ebit Lew

KUALA LUMPUR – Pendakwah terkenal, Ebit Lew mengesahkan kehadirannya ke Bukit Aman hari ini adalah sebagai saksi bagi membantu siasatan berkenaan tuduhan gangguan seksual yang dikaitkan dengannya.

“Saya dipanggil hari ini untuk membantu siasatan dan juga menjadi saksi bagi pertuduhan yang dilemparkan terhadap saya.

“Apa sekali pun tuduhan itu, saya serahkan kepada pihak polis untuk membuat siasatan lanjut,” ujarnya kepada pemberita ketika ditemui di pintu utama Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia sebentar tadi.

Terdahulu, Ebit, 36, tiba di Bukit Aman sekitar pukul 8.59 pagi dengan menaiki kereta pacuan empat roda Hilux untuk memberi keterangan berkenaan siasatan kes dakwaan gangguan seksual.

Beliau kemudiannya dilihat keluar bersama peguamnya dari Bukit Aman kira-kira pukul 2 petang.

Semalam, sumber memberitahu bahawa seorang pendakwah terkenal akan dipanggil Bukit Aman untuk diambil keterangan hari ini berkenaan dakwaan gangguan seksual.

Siasatan kes dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI