fbpx

E2E sektor awam capai tahap 57.02 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Zuki berucap melancarkan Persidangan Digital Sektor Awam Tahun 2021 secara maya hari ini.

PUTRAJAYA – Pencapaian perkhidmatan dalam talian sepenuhnya atau E2E bagi sektor awam ketika ini sudah mencapai tahap 57.02 peratus setakat 31 Julai lalu.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, kerajaan menetapkan sasaran 80 peratus perkhidmatan kerajaan dalam talian dari peringkat awal ke akhir menjelang 2025 seperti ditetapkan Rangka Kerja MyDigital.

Beliau berkata, kerajaan juga bersetuju menetapkan penambahan lima peratus daripada perkhidmatan E2E semasa sebagai Indeks Prestasi Utama (KPI) 2021 Tier-1 bagi penjawat utama perkhidmatan awam.

“Penetapan ini bertujuan memberi nilai tambah dan memperkasakan lagi penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan dan meningkatkan kecekapan tadbir urus dalaman agensi,” katanya ketika berucap melancarkan Persidangan Digital Sektor Awam Tahun 2021 secara maya, di sini hari ini. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI