fbpx

Dine-in, aktiviti sukan dibenarkan di negeri Fasa 1 esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Individu lengkap menerima vaksin Covid-19 di negeri-negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) kini boleh menjalani aktiviti makan di restoran (dine-in) bermula esok.

Kemudahan itu adalah tambahan kepada kemudahan sektor sosial dan ekonomi kepada negeri Fasa 1 PPN yang diumumkan sebelum ini, selepas dipersetujui dalam Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini.

Perdana Menteri Caretaker, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kemudahan lain yang akan diberikan ialah aktiviti sukan, rekreasi dan riadah tanpa sentuhan fizikal dan bukan berkumpulan (outdoor) terpakai di dalam daerah sama sahaja.

Beliau berkata, aktiviti tersebut termasuklah joging, senaman, taichi, berbasikal, papan selaju, memancing, ekuestrian, memanah, mendaki, tenis (persendirian), badminton (persendirian), golf, permotoran dan seumpamanya.

“Aktiviti ini dibenarkan dengan mematuhi penjarakan fizikal dan dilakukan di kawasan terbuka termasuk separa terbuka bermula pukul 6 pagi hingga 10 malam.

“Turut dibenarkan adalah aktiviti perkelahan dan perkhemahan. Penyertaan anak-anak berusia 17 tahun dan ke bawah adalah dibenarkan dengan pematuhan prosedur operasi standard yang ketat,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, sidang Khas MKN juga bersetuju membenarkan operasi pasar malam dan pasar minggu di negeri Fasa 1 PPN.

Negeri-negeri dalam Fasa 1 PPN buat masa ini ialah Kedah, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor selain Wilayah Persekutuan Putrajaya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI