fbpx

Pakej khas internet, peranti sempena bulan kebangsaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Pelbagai tawaran tambah nilai pakej khas untuk kemudahan rakyat disediakan industri telekomunikasi dan penyiaran sempena sambutan bulan kebangsaan tahun ini.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam satu kenyataan berkata, antara tawaran menarik ialah pakej peranti RM1 Malaysia Prihatin bagi membolehkan semua rakyat memiliki atau menaik taraf pelbagai peranti mudah alih yang menyokong 4G dan VoLTE bermula RM1.

MCMC berkata, syarikat telekomunikasi yang akan mengambil bahagian dalam tawaran itu ialah Celcom, Digi, Maxis, Telekom Malaysia, U Mobile dan YTL yang antara lain turut menawarkan lanjutan pemberian data harian sebanyak 1GB secara percuma kepada semua pengguna perkhidmatan sehingga 31 Disember depan.

“Pihak YTL pula akan melanjutkan inisiatif Learn From Home (LFH) sehingga 31 Disember depan dalam menyokong sistem pendidikan,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, MCMC berkata, sokongan berterusan bagi pakej Jaringan Prihatin juga dilanjutkan sehingga 30 September depan untuk golongan B40.

“Lebih menarik, pemberian akses tontonan secara percuma beberapa saluran premium terpilih oleh syarikat penyiar swasta seperti Astro dan Unifi kepada pelanggan mereka.

“Astro juga menyediakan saluran percuma, Astro 25 di saluran 100 yang akan menyajikan kandungan tempatan berkisar kepada pengorbanan, semangat patriotik serta kejayaan yang telah negara kecapi,” katanya. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI