fbpx

[VIDEO] Limpahan air deras ‘angkat’ kereta penduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa kenderaan di Taman Lembah Merbok di Tupah beralih daripada kedudukan asal akibat limpahan Sungai Tupah pada petang tadi.

SUNGAI PETANI – Lebih 10 buah rumah di Taman Lembah Merbok, Tupah di sini turut terjejas akibat limpahan air deras yang dipercayai turun dari Gunung Jerai dekat sini petang ini.

Penduduk yang juga Imam Masjid Al Busyra Merbok, Mohd. Firdaus Mat Akhir memberitahu, aliran air Sungai Tupah semakin laju pada pukul 4 petang sebelum melimpah ke kawasan perumahan tersebut.

“Lebih 10 buah rumah yang terjejas terletak berhampiran Sungai Tupah dan air deras melimpah sehingga beberapa buah kereta beralih daripada kedudukan asalnya.

“Selain itu, banyak kayu balak dan serpihan papan rumah yang dihanyutkan air dapat dilihat di kawasan sekitar ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jarak taman perumahan tersebut dengan Gunung Jerai adalah kira-kira lima kilometer.

Tambahnya, kawasan yang dinaiki air termasuk jalan sehingga paras paha sudah surut, namun aliran air sungai masih deras.

“Rumah saya bagaimanapun tidak terlibat dalam kejadian ini kerana terletak agak jauh dari sungai selain berada di kawasan lebih tinggi,” jelasnya.

Kejadian limpahan air deras dari Gunung Jerai itu menyebabkan beberapa kawasan terletak berhampiran gunung tersebut terjejas termasuk Tupah, Kampung Perigi di Yan dekat sini dan kawasan Gurun. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI