fbpx

640 warga Afghanistan penuhi pesawat kargo AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pesawat kargo C-17 yang dipenuhi dengan pelarian Afghanistan yang meninggalkan Kabul selepas Taliban mengambil alih bandar itu. -Twitter

KABUL – Sekeping foto yang menunjukkan seramai 640 warga Afghanistan yang ketakutan berhimpit dalam pesawat kargo milik tentera Amerika Syarikat (AS) dalam cubaan melarikan diri daripada negara itu, lapor akhbar Daily Mail. 

AS sehingga kini telah menerbangkan sekurang-kurangnya dua pesawat kargo C-17 ke Kabul dan lebih banyak pesawat dijangka akan diterbangkan minggu ini. 

Kelmarin, pesawat pertama yang meninggalkan negara itu merupakan pesawat Tentera Udara C-17 bernombor RCH 871 yang terbang dari Kabul ke Qatar. 

Pesawat kargo C-17 yang dipenuhi dengan pelarian Afghanistan yang meninggalkan Kabul selepas Taliban mengambil alih bandar itu. -Twitter

Ketika ia sedang bersedia untuk berlepas, ratusan warga Afghanistan yang ketakutan berlari ke arah pesawat tersebut dan memanjatnya.  

Foto yang diperoleh daripada laman Defense One menunjukkan kesemua mereka beratur sebelum duduk di atas lantai pesawat itu yang mampu memuatkan 150 tentera dengan selesa serta membawa muatan seberat 77,000 kilogram. 

Pelarian itu yang terdiri daripada wanita dan kanak-kanak berlari ke arah laluan pesawat yang separuh terbuka sebelum berlepas. 

“Kira-kira 640 orang warga Afghanistan keluar daripada pesawat itu selepas tiba di destinasi,” kata seorang pegawai tentera yang tidak didedahkan identitinya. 

Biarpun seramai lapan orang mati di lapangan terbang Kabul semalam, Presiden Joe Biden tetap mempertahankan keputusan beliau mengundurkan tentera AS dari Afghanistan dengan berkata tidak lagi mahu mengorbankan nyawa tentera AS dalam perang saudara di Afghanistan. -Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI