fbpx

Tiga individu rentung dalam Toyota Vios

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bomba mengeluarkan ketiga-tiga mayat mangsa di dalam sebuah kereta di Jalan Masjid Negeri di George Town hari ini.

GEORGE TOWN – Tiga individu dilaporkan rentung di dalam sebuah kereta jenis Toyota Vios yang terbakar selepas melanggar sebatang pokok di Jalan Masjid Negeri, Jelutong di sini awal pagi tadi.

Bagaimanapun identiti mangsa masih belum dikenal pasti.

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 2.55 pagi sebelum bergegas ke lokasi.

Menurutnya, bomba yang tiba mendapati kemalangan berkenaan membabitkan sebuah kereta yang melanggar sebatang pokok dan terbakar.

“Terdapat tiga mangsa terperangkap di dalam kereta yang terbakar dan mereka disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh wakil Kementerian Kesihatan.

“Bomba telah memadamkan kebakaran dan mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas sebelum operasi ditamatkan pada pukul 3.05 pagi,” katanya kepada pemberita hari ini.

Difahamkan, kesemua mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang di sini bagi urusan bedah siasat.

Operasi itu digerakkan oleh pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI