fbpx

Seleweng minyak subsidi jadi minyak industri 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Tindakan peniaga culas yang menjadikan rumah kedai teres setingkat sebagai stor dan tempat melakukan aktiviti penyelewengan minyak masak bersubsidi peket 1 kilogram (kg) akhirnya terbongkar dalam serbuan yang dijalankan hari ini.

Operasi di Seri Kembangan, Selangor itu dijalankan oleh Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP hasil risikan yang dilakukan sejak tiga bulan lalu.

Timbalan Pengarah Penguat Kuasa (Operasi), Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP, Shamsul Nizam Khalil berkata, pemeriksaan menemui sebanyak 5,695 minyak masak bersubsidi peket 1 kg untuk diseleweng dengan memindahkannya ke dalam bekas minyak masak industri.

Beliau berkata, pemeriksaan turut menemui dua unit tangki fiber berkapasiti 1000 liter berisi 1,440 kg minyak, sisa plastik minyak masak bersubsidi peket 1 kg yang telah digunting dan peralatan untuk pemindahan minyak masak bersubsidi ke dalam tangki fiber industri.

“Premis ini disyaki digunakan sebaga stor dan tempat untuk melakukan aktiviti penyelewengan minyak masak bersubsidi paket 1 kg untuk dipindahkan ke dalam bekas minyak masak industri.

“Kesemua peralatan dan minyak masak ini disita dengan jumlah sitaan dianggarkan bernilai RM26,374.50,” jelasnya menerusi kenyataan akhbar di sini hari ini.

Shamsul Nizam berkata, hasil risikan mendapati bahawa sindiket telah beroperasi hampir tiga bulan dengan mendapatkan bekalan minyak masak bersubsidi peket 1 kg daripada pemborong berlesen.

Katanya lagi, minyak masak bersubsidi peket 1 kg itu seterusnya dileraikan dan dikumpulkan di dalam satu tangki fiber yang berkapasiti 1,000 liter untuk dipasarkan dengan harga bukan subsidi. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI