fbpx

Salah pahat sejarah baharu EPL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALAH (kiri) mencipta rekod tersendiri sebagai pemain pertama menjaringkan gol dalam aksi pembukaan EPL sejak lima musim berturut-turut.– AFP

NORWICH – Penyerang Liverpool, Mohamed Salah melakar sejarah tersendiri apabila menjadi pemain pertama yang menjaringkan gol dalam aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) selama lima musim berturut-turut.

Bintang antarabangsa Mesir itu merakam sejarah baharu EPL selepas menjaringkan satu gol ketika membantu The Reds menewaskan Norwich City 3-0 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Carrow Road awal pagi semalam.

Selain Salah, dua lagi penye­rang, Diogo Jota dan Roberto Firmino masing-masing berjaya meledak satu gol sekali gus memberi bayangan positif terhadap kemampuan skuad kendalian ­Jurgen Klopp itu untuk merampas gelaran EPL musim ini.

“Dia (Salah) adalah pemain pertama yang menjaringkan gol dalam aksi pembukaan lima musim berturut-turut. Saya boleh katakan ia sebagai pe­nyuntik semangat buatnya untuk menjaringkan lebih banyak gol selepas ini.

“Saya akui Salah menampilkan aksi yang sangat baik hari ini (awal pagi semalam) kerana dia turut membantu mencipta umpanan dua lagi jaringan pa­sukan. Dia juga dilihat berusaha untuk membantu rakan sepa­sukan menjaringkan gol,” kata Klopp.

Pengendali dari Jerman itu gembira dengan aksi keseluruhan yang ditampilkan apabila menyaksikan pasukannya langsung tidak berhenti melakukan serangan bertali arus ke arah gawang Norwich sepanjang 90 minit permainan.

“Kami sangat profesional dan saya selalu pesan kepada semua pemain jangan fokus pada 20 atau 25 minit awal sahaja kerana ia mampu bawa bencana. Mereka kekalkan momentum itu sehingga tamat perlawanan,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI