fbpx

Platform online jadi pilihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. AFNAN menunjukkan produk Bliese di Shah Alam baru-baru ini. – ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Bertugas sebagai juruteknik di Tenaga Nasional Berhad (TNB) tidak pernah menghalang Mohd. Afnan Mohd. Zain, 34, menjana pendapatan sampingan dan bergelar sebagai Master Stokis bagi sebuah syarikat pengeluar pewangi serbaguna, Bliese (M) Sdn. Bhd. (Bliese).

Ayah kepada dua anak itu bersyukur kerana sokongan isterinya, Nursyafiqah Abd. Hamid, 32, yang sentiasa membantu melancarkan lagi operasi perniagaannya yang kini mengendalikan 150 stokis dan ejen di seluruh negara.

“Kami berdua mempunyai kerja hakiki iaitu sebagai juruteknik di TNB, jadi kami perlu bijak menguruskan masa sebaiknya.

“Saya dan isteri akan melakukan urusan Bliese selepas habis waktu kerja dan ketika hari cuti,” katanya yang kini menetap di Klang, Selangor.

Mohd. Afnan mula melibatkan diri dalam perniagaan Bliese bertujuan untuk menjana lebih pendapatan bagi menampung perbelanjaan keluarganya.

Menurutnya, pada zaman yang penuh persaingan kini, memiliki perniagaan sampingan amatlah membantu kerana kos sara hidup yang semakin meningkat setiap tahun.

Pandemik Covid-19 yang berlaku ketika ini membuatkan ramai peniaga beralih ke platform online bagi menjual produk mereka.

Menyedari perkara ini, Mohd. Afnan juga tidak mahu ketinggalan mengikut jejak langkah peniaga lain dengan menjual produk wangian Bliese secara online.

“Namun, agak mengecewakan apabila terdapat peniaga yang menjual beberapa produk ini di bawah harga pasaran.

“Tetapi Alhamdulillah, saya merasa lega apabila pihak pengurusan Bliese mengambil maklum perkara ini dan telah mengambil langkah sepatutnya dengan pantas bagi mengatasinya,” katanya ketika ditemui di ibu pejabat Bliese di Seksyen 15, baru-baru ini.

Mohd. Afnan berkata, penjualan produk dalam platform online sedikit sebanyak membantu meningkatkan jualannya yang menurun pada kadar 10 hingga 20 peratus berbanding tahun lalu.

Menurutnya, pandemik yang berlaku bukan sahaja menjejaskan perniagaannya, malah ramai peniaga lain yang turut terkena tempias dek fenomena tersebut.

“Jadi kita sebagai peniaga kena sentiasa buat persediaan bagi menghadapi apa-apa sahaja yang berlaku.

“Saya telah rancang strategi tersendiri untuk memastikan urusan perniagaan pasukan tidak terjejas,” jelas anak jati Kelantan itu.

Mohd. Afnan berkata, Bliese kini mempunyai pelbagai rangkaian produk daripada wangian kereta, rumah, malah pewangi badan yang semakin diminati oleh masyarakat.

“Untuk pewangi badan sahaja, Bliese telah mengeluarkan 40 jenis haruman iaitu 15 haruman untuk pilihan lelaki dan 25 haruman untuk pilihan wanita. Selain mesra wuduk dan harga berpatutan, pewangi badan ini juga mampu bertahan sehingga 12 jam bagi setiap kali pemakaian,” ujarnya.

Mohd. Afnan juga bersyukur kerana Bliese telah memberi peluang kepada beliau untuk menjana pendapatan tambahan dan ingin mengajak orang ramai untuk turut menyertai keluarga Bliese.

Beliau menyasarkan untuk merekrut 500 ejen dan 200 stokis pada tahun hadapan.

“Anda perlu menyertai Bliese kerana ia adalah produk tempatan bertaraf antarabangsa serta mampu dimiliki oleh semua kumpulan ekonomi.

“Selain menjana pendapatan, anda juga boleh menambah kenalan dan pengalaman baharu,” ujarnya.

Mohd. Afnan juga mengunjurkan untuk mencapai jualan perniagaan sekurang-kurangnya RM300,000 pada tahun hadapan.

“Saya optimis untuk mencapai sasaran ini walaupun ekonomi negara berada di dalam keadaan yang sukar pada ketika ini.

“Apa yang boleh saya buat adalah dengan berusaha sehabis baik sambil memperbanyakkan berdoa kepada Allah supaya angka ini dapat digapai,” katanya dengan penuh yakin.

Mereka yang berminat untuk menjadi stokis dan ejen di bawah Mohd. Afnan boleh menghubunginya di talian 013-386 6644 atau hubungi mana-mana pengedar Bliese yang berdaftar. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI