fbpx

Ji Chang-wook bebas Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JI CHANG WOOK

BERITA melegakan buat seluruh peminat aktor kacak Ji Chang-wook apabila dilaporkan sudah bebas daripada jangkitan Covid-19 baru-baru ini.

Sejurus tamat menjalani kuarantin, Chang-wook dikatakan akan menyambung penggambaran drama terbaharunya yang sebelum ini tertunda selepas dia dijangkiti wabak berkenaan.

Menerusi drama terbitan Netflix berjudul Annarasumanara atau dikenali sebagai The Sound of Magic tersebut, Chang-wook memegang watak utama sebagai seorang ahli silap mata misteri bernama Rieul.

Pada 26 Julai lalu, pelakon drama Backstreet Rookie itu positif Covid-19 sehingga menyebabkan penggambaran drama berkenaan terpaksa dihentikan serta-merta.

Bagaimanapun, dua rakan pelakon yang terlibat sama dalam drama berkenaan iaitu Choi Sung-eun dan Hwang In-yeop disahkan negatif.

“Ji Chang-wook sudah sembuh sepenuhnya daripada jangkitan Covid-19. Dia juga sudah dibenarkan keluar dari tempat kuarantin. Chang-wook akan kembali menyambung penggambaran drama The Sound of Magic,” ujar wakil agensinya, Glorious Entertainment.

Selain The Sound of Magic, Chang-wook juga dilaporkan akan membintangi sebuah drama lain berjudul Tell Me Your Wish tidak lama lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI