fbpx

PM menghadap Agong Isnin?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Istana Negara

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diuar-uarkan bakal menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Isnin depan.

Ia dikatakan bagi membincangkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri, dengan beliau didakwa telah kehilangan sokongan majoriti daripada Ahli Parlimen.

Walaupun khabar angin bahawa Muhyiddin akan melepaskan jawatannya dalam masa terdekat bertiup kencang, ia dianggap tidak tepat setelah beliau mengadakan sidang akhbar khas semalam.

Pada sidang akhbar tersebut, beliau berkata, tiada seorang pun Ahli Parlimen yang mempunyai sokongan majoriti, justeru Perdana Menteri baharu tidak boleh dilantik menurut Perlembangaan Persekutuan.

“Apabila Perdana Menteri tidak boleh dilantik, maka kabinet pun tidak boleh dilantik dan kerajaan baharu tidak dapat dibentuk,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI