fbpx

PKPD buka mata penduduk Taman Meru 2B

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Petugas MBI mengagihkan beras untuk disumbangkan kepada penduduk Taman Meru 2B yang dikenakan PKPD kelmarin.

IPOH – Beberapa penduduk Taman Meru 2B mengakui pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan kediaman mereka telah membuka mata.

Ini kerana keadaan kawasan kejiranan yang dipagari dengan kawat duri umpama penjara disebabkan kelalaian segelintir pihak yang ambil mudah tentang jangkitan Covid-19.

Juruteknik, Khairul Faizi Mohd. Yaakob berkata, pelaksanaan PKPD itu menyedarkan penduduk bahawa peningkatan kes Covid-19 perlu dibimbangi.

“Apabila kes naik ramai yang salahkan kilang atau tempat kerja tetapi sebenarnya ada penduduk buat tak kisah selain tidak mematuhi peraturan,” ujarnya kepada Kosmo! hari ini.

Guru, Asma Mohd. Taib pula tidak menafikan timbul rasa bimbang apabila mengetahui kawasan kejiranan itu dikenakan PKPD sehingga 24 Ogos.

Dalam pada itu, kebajikan penduduk Taman Meru 2B sentiasa diambil berat apabila menerima sumbangan kotak makanan daripada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Kelmarin, sebanyak 110 bakul makanan kepada penduduk terkesan sepanjang menjalani tempoh tersebut menerusi Program MBI Prihatin yang disampaikan Datuk Bandar Ipoh, Dato’ Rumaizi Baharin kepada Pegawai Operasi Angkatan Pertahanan Awam Kinta, Kapten (PA) Mohd. Zaki Sueb. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI