fbpx

Suami hadiah tudung kepada Siti Elizad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penampilan terbaharu Siti Elizad.

PETALING JAYA – Perkongsian empat hari berturut-turut pelakon dan pengacara Siti Elizad Sharifuddin, 37, tentang gaya dia berhijab mencuri perhatian ramai.

Berkongsi momen hatinya terbuka untuk mengenakan hijab, Elizad memberitahu segala-galanya bermula apabila suaminya, Shamsul Baharin Abdul Rahman membelikannya selendang secara dalam talian tanpa pengetahuannya.

“Semuanya bermula apabila saya buka satu bungkusan dan isinya ialah selendang. Rupa-rupanya suami yang belikan untuk saya. Saya letak di kepala, suami cakap cantik.

“Sejak itu lah saya perlahan-lahan memakai tudung dengan cara saya sendiri. Kebetulan saya bekerja pada 1 Muharam lalu, jadi bermula detik itulah saya sudah memakai hijab,” katanya kepada Kosmo! Online

Sama seperti wanita bertudung lain, dia juga memohon doa agar hatinya kekal istiqamah untuk terus kekal dengan imej begitu.

“Alhamdulillah sangat selesa tetapi saya nak tekankan bahawa saya masih dengan cara sendiri seperti memakai tali pinggang dan anting-anting.

“Saya berharap hati saya kekal istiqamah dan tiada manusia yang sempurna. Sekarang masih perlahan-lahan mencari rentak,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Elizad juga memberitahu dia menutup ruangan komen hantaran terbaharu Instagram bagi mengelakkan netizen berbalah kerana penampilah bertudungnya itu.

“Sebab ini juga saya tutup ruangan komen bagi mengelakkan netizen bergaduh walaupun tetap ramai yang menegur menerusi mesej peribadi dalam Instagram.

“Harapnya lebih ramai yang mendoakan daripada terus mencerca dengan cara saya. Kita tak akan pernah sempurna jadi mengapa mereka harus membangkitkan isu tersebut, biar saja dan malas nak layan lebih-lebih,” ujarnya.

Menerusi InstaStorynya, penyampai radio Sinar FM itu turut memuat naik empat keping foto berbeza pemakaian hijab sehingga semalam. – K! ONLINE

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI