fbpx
PERUBAHAN Aliff yang dilihat mula mendekati tabligh sejak Jun lalu mendapat perhatian dan respons positif daripada peminat.

Aliff Aziz dekati tabligh terpengaruh dakwah dalam Instagram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Perubahan positif yang berlaku kepada penyanyi Aliff Aziz sejak beberapa bulan lalu sebenarnya dipengaruhi oleh perkongsian dakwah dalam Instagram.

Kata Aliff, dia bersyukur kerana ditunjukkan jalan untuk mendekatkan diri dengan Allah dan mendalami ilmu agama menerusi jemaah tabligh selepas hatinya tergerak melihat satu hantaran Instagram yang dikongsi bekas penyampai radio, Faizal Ismail (FBI).

Perkara berkenaan didedahkan sendiri oleh Aliff ketika muncul secara langsung bersama Ustaz Farkhan Daie, wakil tabligh Amar Sufi Ali dan rakan pelakon, Saharul Ridzwan beberapa hari lalu ketika membincangkan tajuk ‘Pengertian Sebuah Penghijrahan’.

Kata Aliff, 30, hatinya tiba-tiba tergerak menghantar mesej peribadi (DM) kepada Instagram Dakwah Tabligh Malaysia untuk mengenali dengan lebih mendalam tentang tabligh.

“Selepas dapat berhubungan dengan saudara Amar, dia kata saya dijemput menyertai tabligh selama tiga hari pada hujung minggu. Tetapi malam sebelum hari kejadian, hati saya resah sampai tak boleh tidur.

“Tiba-tiba saya teringat ada temu janji dengan klinik esoknya. Terus mesej Amar beritahu saya tak dapat sertai mereka. Saya bagi macam-macam alasan untuk taknak pergi,” katanya.

Bagaimanapun tambah penyanyi kelahiran Singapura itu lagi, balasan mesej daripada Amar membuatkan hatinya terkesan sehingga membuatkan dirinya memikirkan semula tentang tujuan asalnya menghubungi tabligh.

“Dia kata selesaikan mana yang penting dulu, kalau ada masa barulah datang. Buat benda baik memang banyak ujian sebab harganya sangat mahal. Minta Allah mudahkan urusan.

“Bila baca semula mesej dia, saya terfikir, tiada siapa paksa saya sertai tabligh. Jadi sebenarnya Allah yang gerakkan hati saya. Kalau saya tolak peluang itu, saya tak boleg salahkan kalau tak dapat apa yang Dia nak bagi. Terus saya nekad untuk pergi sertai mereka,” kongsinya.

Pada masa sama, Aliff cukup teruja berkongsi pengalamannya selama tiga hari menyertai tabligh kerana golongan tersebut langsung tidak memandang rendah terhadap status dan kisah silam seseorang.

“Mula-mula memang saya segan. Tapi mereka tidak pernah menilai status kita, tidak kira dulu penagih ke atau gengster. Kita semua datang ke situ atas usaha dan matlamat yang sama.

“Allah bagi saya rasa manis itu. Tapi yang mendengar tak mungkin faham lidah orang yang merasa kemanisan itu. Selepas 30 tahun hidup, saya sedar inilah yang saya terlepas selama ini.

“Selama di sana, saya belajar tentang adab dan dengar cerita tentang Rasulullah. Saya berjumpa dengan Saharul di sana, langsung tiada berborak tentang kerjaya seni. Fokus kami memang nak cari kebesaran Allah,” ujarnya lagi.

Terdahulu, nama Aliff kerap terpalit dengan pelbagai isu panas iaitu siri kecurangan, video lucah dan perbuatan mencuri.

Aliff mendirikan rumah tangga pada 2016 bersama pelakon Bella Astillah dan dikurniakan dua orang anak, Muhammad Ayden Adrian, 3, dan Ara Adreanna, setahun. – K! ONLINE

POPULAR