fbpx

Tular video lelaki bogel tunggang motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular memaparkan seorang lelaki menunggan motosikal dalam keadaan berbogel di Bukit Mertajam.

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki didapati menunggang motosikal dalam keadaan berbogel di Jalan Muthu Palaniappan, Bukit Mertajam di sini.

Bagaimanapun waktu dan hari kejadian tidak dapat dipastikan.

Kejadian berkenaan tular di media sosial sejak semalam selepas satu video berdurasi 29 saat yang dirakam seorang penunggang motosikal dikongsi di kumpulan aplikasi WhatsApp.

Video itu memaparkan seorang lelaki warga tempatan menunggang sebuah motosikal di atas jalan raya tanpa mengenakan topi keledar.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad, siasatan pihaknya mendapati individu tersebut mempunyai masalah mental sejak kebelakangan ini.

“Dia dikatakan sering dilihat bercakap sendirian.

“Ekoran kejadian itu, lelaki itu telah dirujuk ke Hospital Seberang Jaya bagi tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Shafee berkata, pihaknya menasihati orang ramai agar tidak berkongsi video berkenaan bagi menjaga sensitiviti kelurganya. – K! ONLINE

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI