fbpx

Wanita tunggang motosikal terjah pelamin pengantin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai terkejut apabila wanita itu melalui jalan tersebut dan cuba melepasi pelamin. - Detik

JAKARTA – Seorang penunggang motosikal nekad menerjah sebuah majlis perkahwinan yang diadakan di Ponorogo, Jawa Timur sehingga ke pelamin pengantin, lapor laman berita Detik hari ini. 

Dalam video berdurasi 13 saat, seorang wanita memakai topi keledar dan jaket serta menunggang motosikal Honda Scoopy putih dilihat memasuki majlis perkahwinan yang sedang berlangsung.

Kejadian itu berlaku kelmarin ketika kedua-dua mempelai berada di pelamin, sekali gus menyebabkan tetamu majlis terkejut.

Menurut seorang penduduk bernama Galih, netizen mengaitkan wanita itu dengan pengantin lelaki, tetapi mereka tiada kena-mengena.

“Ada penduduk memintanya berundur, akhirnya dia berpatah balik selepas disorak orang ramai” kata Galih.

Galih tidak mengetahui asal usul wanita itu dan hanya melihat tetamu kehairanan melihat wanita itu menerjah masuk ke arah pelamin. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI