PETALING JAYA – ‘Polis dan masyarakat berpisah tiada’. Itulah istilah yang selalu kita dengar dan ternyata ia benar-benar dipraktikkan anggota keselamatan itu.
Satu klip video yang tular di media sosial ketika ini menyaksikan dua anggota unit kereta peronda polis (MPV) Johor membantu seorang lelaki bersama anaknya yang berusia setahun.
Difahamkan, kejadian yang berlaku di Perling itu melibatkan Lans Korperal Ibrahim Mohamed Zan dan Lans Korporal Aiman Fikri Zakaria yang terserempak dengan dua beranak di tepi jalan disebabkan motosikal kehabisan petrol.
Paling menyedihkan lelaki Orang Asli itu dikatakan tidak mempunyai wang untuk membeli petrol.
Dua anggota itu kemudian pergi ke sebuah stesen minyak untuk membeli petrol bagi membantu lelaki terbabit dan difahamkan telah memaklumkan kepada penyelia mereka untuk mendapatkan bantuan yang sepatutnya.
Pegawai dan anggota lain yang berada di lokasi berdekatan membuat kutipan kilat untuk diberikan kepada lelaki tersebut.
Orang ramai yang melihat video itu tersentuh hati apabila anggota terlibat membawa anak lelaki itu yang menangis bersama mereka ke rumahnya di Masai.
“Allahu, sungguh besar pengorbanan dua anggota polis ini. Diharapkan pengorbanan dan bantuan ini terus menjadi ikutan kepada anggota-anggota lain. Ini baru polis sebenar,” jelas Syazwan Akmal.
“Bukan hanya menjaga keamanan ketika kita lena dibuai mimpi, mereka berkorban tinggal anak bini. Tapi kita pula langsung tak hormat polis. Lihat sendiri video ini baru kita faham,” ujar Eser_y16. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929