fbpx

97 peratus kes Covid-19 di KL kategori 1, 2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Sebanyak 97 peratus atau 2,418 kes positif Covid-19 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang dicatatkan semalam adalah daripada kategori 1 dan 2.

Pusat Peyelarasan dan Pengurusan Covid-19 Wilayah Persekutuan (CCMC-WP) dalam satu kenyataan memaklumkan, selebihnya iaitu 3 peratus atau 74 kes adalah dalam kategori 3, 4 dan 5.

“Bilangan kes tertinggi yang direkodkan adalah melibatkan kes kontak rapat sebanyak 1,470 kes (59 peratus), manakala yang kedua tertinggi adalah kes sporadik dengan 967 kes (39 peratus),” katanya hari ini.

Menurutnya, sebanyak 77 peratus daripada jumlah kes tersebut melibatkan warganegara iaitu seramai 1,912 individu, manakala 580 lagi bukan warganegara.

Katanya, 55 peratus ataupun 1,347 kes telah menerima minimum satu dos vaksin, sementara 35 peratus belum divaksin (869 kes) dan 10 peratus lagi tidak diketahui status mereka (249 kes).

“Lebih separuh (59 peratus) atau 1,470 kes merupakan kluster dan kontak rapat iaitu 1,299 kes (52.1 peratus) adalah kontak rapat dan 171 kes (6.9 peratus) berasal daripada 13 kluster,” katanya.

Kluster tersebut, katanya, adalah enam kluster komuniti dengan 79 kes, dua kluster tempat kerja (16 kes) dan empat kluster tapak bina (77 kes) serta satu kluster lain-lain (enam kes).

Sementara itu, katanya, sebanyak 56 kes Covid-19 didaftarkan di Wilayah Persekutuan Putrajaya semalam. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI