fbpx
SHAQIRI bersedia mencari destinasi baharu kariernya bagi mendapatkan peluang untuk lebih banyak beraksi berbanding apa yang diperoleh di Anfield. – AFP

Liverpool sedia lepaskan Shaqiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL – Liverpool bersedia untuk melepaskan pemain tengahnya, Xherdan Shaqiri yang kini dikatakan sedang dijejak oleh Olympique Lyon yang mahu membawa ke saingan Ligue 1 di Perancis musim depan.

Shaqiri sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia sudah bersedia untuk mencari cabaran baharu terutama bersama pasukan yang mampu memberinya lebih ba­nyak peluang untuk beraksi berbanding di Anfield.

Biarpun sedia melepaskan khidmat pemain tengahnya itu, Liverpool mengakui bahawa mereka tidak akan membenarkan Shaqiri meninggalkan mereka dengan nilai yang rendah sebaliknya meletakkan tanda harga sebanyak £12 juta (RM70.33 juta) untuk pasukan yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Liverpool mahu sekurang-kurangnya mereka mendapat kembali modal yang digunakan ketika mendapatkan Shaqiri dari Stoke City kira-kira tiga tahun lalu.

Bagaimanapun, Lyon dilaporkan mengemukakan tawaran yang lebih rendah dan jauh daripada apa yang diinginkan oleh Liverpool menyebabkan pasukan itu masih belum membuat keputusan dan mahu menunggu sekiranya terdapat tawaran-tawaran dari kelab lain untuk mendapatkan khidmat pemainnya itu.

Beberapa pasukan Eropah lain seperti Sevilla, Villareal, Napoli dan Lazio dikatakan turut memantau perkembangan pemain antarabangsa Switzerland itu. – AGENSI

POPULAR