fbpx

IWK tandatangani lanjutan konsesi sehingga 2034

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan LRK IWK yang tercemar akibat buangan sisa industri daripada lurang kumbahan sebuah premis berdekatan sebelum mengalir ke Sungai Selangor, sebelum ini. - Foto ZULFADHLI ZAKI

PETALING JAYA – Syarikat Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK) menandatangani perjanjian tambahan kepada perjanjian konsesi dengan kerajaan Malaysia sebentar tadi, yang menyaksikan tempoh konsesi IWK sebagai syarikat perkhidmatan pembetungan negara dilanjutkan sehingga 31 Disember 2034.

Mengikut perjanjian sebelum ini, tempoh konsesi IWK akan tamat pada 31 Mac 2022.

Perjanjian tersebut ditandatangani oleh Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Zaini Ujang dan Ketua Pegawai Eksekutif IWK, Narendan Maniam sambil disaksikan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dalam majlis yang diadakan secara maya pagi tadi.

Tuan Ibrahim berkata, perjanjian tambahan itu membolehkan IWK menjalankan perniagaan bukan berasaskan tarif seperti penghasilan air pulih guna daripada bi-produk pembetungan sebagai sumber air alternatif untuk industri

“IWK juga boleh meneroka pelbagai potensi perniagaan lain berkaitan dengan perkhidmatan pembetungan seperti penghasilan baja tanaman atau pajakan kecil tanah pembetungan untuk penghasilan tenaga solar, sewaan menara telekomunikasi dan kabel fiber optik.

“Pendapatan daripada aktiviti perniagaan bukan berasaskan tarif ini dijangka dapat mengurangkan beban kewangan IWK,” katanya dalam ucapannya pada majlis berkenaan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI