fbpx

ADUN Indera Kayangan positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ay Ling disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan Covid-19 di Klinik Kesihatan Gial pada Isnin lalu.

KANGAR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Indera Kayangan, Gan Ay Ling mengesahkan dirinya positif Covid-19 menerusi hantarannya di Facebook hari ini.

Menurut Ay Ling, beliau membuat ujian Reverse Transcriptase-​Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) di Klinik Kesihatan Gial pada Isnin lalu sehari selepas menerima maklumat seorang penduduk ditemuinya pada minggu lalu dijangkiti virus tersebut.

“Pada Isnin lalu, saya dengan segera mengambil ujian saringan RT-PCR Covid-19 di Klinik Kesihatan Gial untuk menyemak status kesihatan saya. Malangnya, ujian saringan tersebut menunjukkan keputusan positif Covid-19.

“Untuk makluman semua, saya telah divaksinasikan sepenuhnya pada 11 Jun lalu. Saya sudah mula mengamalkan pengasingan kendiri sebagai langkah berjaga-jaga sejak saya mengambil ujian saringan pada hari Isnin,” katanya di sini hari ini.

Katanya, beliau mematuhi nasihat dan arahan Pejabat Kesihatan Daerah Kangar untuk menjalankan kuarantin kendiri di rumah sehingga habis tempoh jangkitan.

“Pusat Komuniti ADUN Indera Kayangan juga akan ditutup sementara ini,” ujarnya.

Beliau turut menasihatkan semua yang menjadi kontak rapat dengannya sejak tujuh hari kebelakangan ini untuk menjalankan ujian saringan di klinik kesihatan terdekat. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI