fbpx

Gagal bawa masuk durian kampung dari Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian durian kampung dari Thailand yang dirampas Maqis dalam pemeriksaan di ICQS Pengkalan Hulu semalam

GERIK – Cubaan membawa masuk dua tan durian kampung dari Thailand gagal apabila dikesan dalam satu pemeriksaan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Pengkalan Hulu di sini semalam.

Ia hasil pemeriksaan pada sebuah lori oleh penguat kuasa Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Perak.

Maqis dalam satu kenyataan memberitahu, dalam pemeriksaan pada pukul 3 petang itu pihaknya mendapati buah-buahan itu tidak mematuhi syarat import.

“Sehubungan itu, kesemua buah-buahan tersebut yang bernilai kira-kira RM7,000 ditahan untuk siasatan lanjut.

“Tindakan melanggar syarat import merupakan suatu kesalahan mengikut Seksyen 15(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728],” ujar kenyataan tersebut.

Sekiranya sabit kesalahan pelakunya boleh didenda sehingga RM100,000, pennjara atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 15(2) akta yang sama. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI