fbpx

70 wanita hamil maut akibat Covid-19 tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sejumlah 3,396 kes Covid-19 dilaporkan dalam kalangan ibu hamil di negara ini sejak Mac 2020 sehingga Jun lalu meningkat sejajar dengan peningkatan jumlah kes secara keseluruhan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, bilangan kes dilaporkan semakin meningkat sejak Oktober 2020 dengan purata 200 kes jangkitan sebulan.

Katanya, lonjakan kes dapat dilihat pada Mei dan Jun lalu masing-masing sebanyak 850 kes dan 899 kes.

Beliau berkata,  sebanyak 70 kes kematian ibu hamil disebabkan oleh komplikasi jangkitan Covid-19 dilaporkan tahun ini setakat 9 Ogos lalu dengan 47 peratus daripada kes kematian yang dilaporkan mempunyai komorbid.

“Tahun lalu, tiada kes kematian melibatkan ibu hamil disebabkan komplikasi jangkitan Covid-19 dilaporkan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, pada tahun ini, purata kes kematian Covid-19 bagi Januari hingga Mei adalah dua kes sebulan sebelum meningkat mendadak pada Jun dengan 17 kes kematian.

“Data menunjukkan dua kes menerima dos pertama vaksin, manakala sebanyak 15 kes lagi tidak menerima vaksin Covid-19,” katanya. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI