fbpx
Choon Foo memeriksa dokumen perjalanan yang dikemukakan pengguna jalan raya di SJR Tanah Putih, Gua Musang hari ini.

Pergerakan kenderaan masuk Kelantan lancar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG – Pergerakan kenderaan memasuki negeri Kelantan melalui sekatan jalan raya (SJR) di Kampung Tanah Putih di sini berjalan lancar pada hari pertama kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) untuk penerima lengkap dua dos vaksin Covid-19.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, pihaknya mempertingkatkan pemeriksaan ke atas semua kenderaan yang ingin rentas negeri memasuki Kelantan melalui dua SJR di daerah ini.

Katanya, anggota keselamatan bertugas akan memastikan semua pengguna jalan raya yang melalui SJR membawa dokumen perjalanan yang sah selain memastikan tidak berlaku pemalsuan sijil vaksinasi.

“Kita telah membuat pemeriksaan menyeluruh ke atas dokumen yang dipamerkan kepada petugas bagi memastikan ketulenannya.

“Setakat ini, tiada pertambahan kenderaan dilihat di SJR itu. Pergerakan kenderaan yang masuk ke Kelantan juga normal meskipun hari ini merupakan cuti umum sempena Awal Muharam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sewaktu meninjau aliran trafik memasuki negeri ini di SJR Kampung Tanah Putih di sini hari ini.

Menurut Choon Foo juga, pihaknya menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil kesempatan di atas kelonggaran yang diberi pihak kerajaan.- K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

POPULAR