fbpx

Cadangan sekalikan visa pelancongan, umrah tidak praktikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Langkah kerajaan untuk melihat keperluan visa pelancongan dan visa umrah disekalikan adalah tidak praktikal dan boleh mengusutkan hubungan dua hala.

Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji, Datuk Seri Razali Mohd. Sham berkata,  Malaysia adalah negara Islam yang diberikan visa pelancongan oleh Kerajaan Arab Saudi disebabkan keakraban hubungan antara Malaysia dengan Arab Saudi.

“Dengan keistimewaan ini, bukan sahaja rakyat Islam yang dapat ke Arab Saudi, tetapi rakyat bukan Islam di Malaysia juga dapat mengunjungi lokasi-lokasi menarik yang ada di sana kecuali di Tanah Haram.

“Ini sekali gus membuka lebih peluang perniagaan kepada agensi pelancongan kita di sini. Visa pelancongan membolehkan kita berada di sana selama 90 hari setahun berbeza dengan visa umrah yang hanya membenarkan kita berada di sana tidak melebihi 30 hari ,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Razali berkata, apa yang penting ketika ini ialah kerajaan perlu memastikan rakyat Malaysia perlu menggunakan agensi pelancongan berdaftar untuk mengerjakan umrah dan melancong.

Terdahulu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Zulkifli Mohamad Al-Bakri memaklumkan kerajaan berkemungkinan melihat lebih dekat keperluan visa pelancongan dan umrah disekalikan agar tidak timbul masalah ketika mengerjakan umrah. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI